Hikmah Sabar Menghadapi Ujian dan Musibah

Di dalam surah al-Mulk, ALlah menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk kesenangan/kemewahan.
Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu ada hikmah yang sangat besar.

Nabi bersabda :-إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُErtinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)Mukmin Tulen Sentiasa Tabah Cciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُErtinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim)

Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan, sabarlah. However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial. Baru ketika itu kita benar-benar menghayati first hand erti sabar yang sebenarnya.Musibah dalam dalam pelbagai bentuk sama ada kehilangan harta, perceraian, menjadi mangsa fitnah, kematian dan sebagainya. Apa erti sebenar sabar? Bagaimana kita boleh memberi definisi yang tuntas terhadap sabar ini. Apakah tanda menunjukkan bahawa seorang itu benar-benar sabar menghadapi ujian itu? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak mudah diungkapkan; sudah pastinya tidak semudah bila kita menasihatkan orang lain agar bersabar.

Abu Zakaria Ansari berkata, “Sabar merupakan kemampuan seseorang dalam mengendalikan dirinya terhadap sesuatu yang terjadi, baik yang disenanginya maupun yang dibencinya.” Abu Ali Daqaq mengatakan, “Hakikat sabar ialah
keluar dari suatu bencana sebagaimana sebelum terjadi bencana itu.” Dan Imam al-Ghazali mengatakan, “Sabar ialah suatu kondisi jiwa yang terjadi karena dorongan ajaran agama dalam mengendalikan hawa nafsu.”

Dengan demikian, sabar dapat bererti kosisten dalam melaksanakan semua perintah Allah dalam segala keadaan. Berani menghadapi kesulitan dan tabah dalam menghadapi cobaan selama dalam perjuangan untuk mencapai tujuan.
Karena itu, sabar erat hubungannya dengan pengendalian diri, sikap, dan emosi. Apabila seseorang telah mampu mengawal mengendalikan nafsunya, maka sikap/sifat sabar akan tercipta.

Selanjutnya, sabar juga bererti teguh hati tanpa mengeluh, saat ditimpa bencana. Jadi yang dimaksud dengan sabar menurut pengertian Islam ialah rela menerima sesuatu yang tidak disenangi dengan rasa ikhlas serta
berserah diri kepada Allah. Dan dapat pula dikatakan bahwa secara umum sabar itu ialah kemampuan atau daya tahan manusia menguasai sifat destruktif yang terdapat dalam tubuh setiap orang. Jadi, sabar itu
mengandungi unsur perjuangan tidak menyerah dan menerima begitu saja.

Sabar itu membentuk jiwa manusia menjadi kuat dan teguh tatkala menghadapi bencana (musibah). Jiwanya tidak bergoncang, tidak gelisah, tidak panik, tidak hilang keseimbangan, tidak berubah pendirian. Tak ubahnya laksana
batu karang di tengah lautan yang tidak bergeser sedikit pun tatkala dipukul ombak dan gelombang yang bergulung-gulung.

Sifat sabar itu hanya dikurniakan Tuhan kepada manusia, tidak kepada makhluk yang lain. Sebab, di samping manusia mempunyai hawa nafsu, ia juga dianugerahi akal untuk mengendalikan hawa nafsu itu supaya jangan sampai
merosak atau merugikan. Sedang makhluk haiwani hanya diperlengkapi dengan hawa nafsu, tidak mempunyai akal. Oleh sebab itu ia tidak mampu bersikap sabar. Malaikat juga tidak memerlukan sifat sabar, karena ia tidak memiliki
hawa nafsu.

Sirah para anbiya’, ulama kaya dengan kisah-kisah kesabaran insan-insan pilihan Allah (seperti kisah yang diketahui ramai tentang ketabahan nabi Ayyub a.s. tabah menghadapi pelbagai ujian). Bagaimanapun, bagi orang-orang awam (kebanyakan) bilakh kita mengetahui bahawa kita telah mampu dengan izin Allah bersabar menghadapi ujian yang besar. Seorang alim ditanyakan apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesabaran yang tinggi jawab beliau: apabila hamba Allah tersebut telah sampai ke satu tahap di saat hebatnya musibah di mana kebanyakan orang akan cenderung untuk berkata mampukah lagi aku bersabar? Namun biarpun di saat yang getir sedemikian dia masih mampu reda dan sabar, maka itulah satu tanda dia mencapai tahap kesabaran yang tinggi.

 

Sama-samalah kita berdoa agar Allah mengurniakan kita dengan sifat yang amat sinonim dengan Mukmin sejati ini, yang begitu mudah dilafazkan lisan namun tidak enteng diterjemahkan dalam kehidupan di saat musibah melanda.

Wallahu ‘a’lam

—-

64 Responses to “Hikmah Sabar Menghadapi Ujian dan Musibah”

  1. ninink meida Says:

    saya sangat suka dg kata sabar & alhamdullilah saya paling senang menggeluti kesabaran…setiap kali ada masalah ak selalu berusaha sabar menahan emosi yg begitu berat…ak selalu berharap semoga allah memberi ak kesabaran yg begitu kuat.

    • wiin Says:

      Bagaimana bs menjalankan sabar ya.
      Terkadang disaat kita terkena musibah.. rasa sabar itu ada tp kalo di inget2 lg msalah yg menimpa kita. kadang bikin kita merasa sedih.

  2. hartono Says:

    thnks tipnya………?

  3. hamba allah Says:

    saya ingin mengis ingin merapati kesalah yang pernah saya buat sampai sekarang,,,

  4. lipan Says:

    dah byk diuji dgn tekanan dr sudut berbeza, sifat rakus dan tamak, cemburu, pentingkan diri, menipu dan angkuh yg dtg dr org lain…smuanya cuba mnjatuhkn kita, menyalahkan kita yg tak salah, memijak dan menghina maruah kita…..bila terlalu byk dtg dalam sehari, perasaannya, dh cukup aku bersabar…..mengapa aku seolah2 diminta mnjadi lebih baik, sedgkan dh terlalu byk aku bersabar, memaafkan dan bertoleransi….apakah ini satu kekalahan lagi….atau apakah kemenangan itu akan datang lagi….mudah2an Allah menguatkan jati diri ini…aku insan dalam frustrasi….terima kasih untuk artikel ini…

  5. ana Says:

    salam…khiduapan sye selalu diuji..org y sye cintai telah mningalkan sye buat selama2 nye….sye redha dgn segala ujian ni…tapi kadang2 sye tewas….knpe sye selalu diuji..knape pade sye??knpe sye xleh rase bhagia mcm org lain ape kah ni salah n dosa sye???tlong lah kasi sye pendapat

    • fatira Says:

      salam.erm,sory lau pa y sya ckp ada yy myingung ht sesapa k..dlm hidup ni tda y sempurna tnpa masala,jika kita d uji dgn apapn kdn kita mesti laluinya dgn bersykur,kerna kita adala insan terpili untk melaluinya…jgn perna ada rasa kcwa,tekanan n mengelu dgn pa kita lalui,ykin la stiap y berlaku e2 pasti ada hikma d sebaliknyaaa,kita hya mpu mrancng DIA y maha mengetahui sgala perancangan y uda tertulis dalm khidupan kita

    • syafa Says:

      salam ana..jika terlalu byk ujian pd ana brmakna Allah syg kn ana.. Allah nk bagi kurniaan yg besar pd ana. Jika ana sabar ganjarannya amatlah tinggi.
      Rasulullah SAW bersabda:
      “Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya.”
      (Riwayat Muslim)
      Selalulh berfikir ni’mat yg tlh Allah berikn pd kita..agar kita tidak mudah mengeluh… Biasakn lidah menyebut ‘Terima kasih Ya Allah’

  6. shakir Says:

    minta izin untuk copy ea.. ^_^

  7. Saya Says:

    Assalammualaikum….wahai hamba ALLAH hafiz…sy di berikan ujian dan dugaan…Salah ke percintaan di sisi islam??? sy seperti umat ALLAH yg lain…tak dapat lari dr jatuh cinta…Perasaan yg TUHAN hadirkan dalam diri sy, sedaya upaya sy jaga supaya tidak melebihi batas…tetapi sy diberi ujian dgn kehadiran orng ke tiga…terlampau sakit ujian dan dugaan ini…kesetiaan telah sy titipkn dalam hbungan ini…apakah yg perlu sy lakukan utk mengekalkan perhubungan ini sehingga sampai waktunya utk kami “ikat” kan perhubungan ini dgn satu ikatan?…apabila sy terbacakan artikel saudara mengenai sabar, adakah ini yg dimksdkan sabar?? sabar dan redha dgn segala ujian ini??sy perlukan pendapat saudara…

  8. senior Says:

    Bersabar, sebuah ucapan yg menguatkan jiwa…..
    kita sebagai manusia yg hidup dalam dunia plural seperti sekarang ini, akan selalu mendapatkan benturan2 kehidupan, dan kata-kata ( SABAR) adalah PENGUAT MENATAP KEDEPAN…

    Ya ALLAH, lapangkan lah Jalan BAIK yang Aku pilih utk kehidupan keluarga yg ENGKAU berikan tanggung jawab pada pundak ku ini,,,,,,,,

    Amiiiin,

  9. Hamba Allah Says:

    Salam wahai penulis yang di hormati. saya sedang mengalami masalah sekarang ini. dimana saya telah menegur sekumpulan manusia2 yang berjenaka dan tertawa2 ketika azan maghrib berkumandang. namun niat saya itu telah di permain2kan dan menjadi kemarahan seseorang. bahkan dia telah menghina saya dengan memanggil2 saya dengan nama2 yang hina. Astaghfirullah. ini kah jenis2 manusia yang akan tinggal di dunia ini? Masya Allah. saya baru berumur 18 tahun. dan InsyaAllah,saya akan mencuba sekuat hati saya untuk bersabar,kerana Allah SWT. Allahu Akbar,hati saya telah tenang selepas mengerjakan sembahyang dan telah berdoa agar mereka ini di beri hidayah dan petunjuk dari Allah SWT. saya yakin,dengan rasa sabar di hati ini,akan dpt menyedar kan mereka. Allahu Akbar. sesungguh nya Kau maha pengampun.

    • Anonymous Says:

      Alhamdulillah masih ada lg hamba Allah Swt seperti saudara, moga sentiasa diberi perlindungan dan keyakinan yang teguh pada NYA amin…..

    • Ilyas Natsir Says:

      ALHAMDULILLAH, TULISAN TUAN MEMBERIKAN MOTIVASI BESAR BAGI SAYA UNTUK MENGHADAPI UJIAN. SEMOGA SAYA SABAR DAN MENDAPATKAN HIKMAH YANG BESAR DARI ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG, MAKA PELINDUNG, MAHA LEMBUT, MAHA SEGALA-GALANYA.
      TERIMA KASIH BANYAK UST HAFIZ ZAKARIYA. SERINGLAH MENULIS DISINI UST. ASSALAAMU ALAIKUM

  10. Syahmi Says:

    ga da gambar nya?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: