Hikmah Sabar Menghadapi Ujian dan Musibah

Di dalam surah al-Mulk, ALlah menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk kesenangan/kemewahan.
Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu ada hikmah yang sangat besar.

Nabi bersabda :-إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُErtinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)Mukmin Tulen Sentiasa Tabah Cciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُErtinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim)

Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan, sabarlah. However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial. Baru ketika itu kita benar-benar menghayati first hand erti sabar yang sebenarnya.Musibah dalam dalam pelbagai bentuk sama ada kehilangan harta, perceraian, menjadi mangsa fitnah, kematian dan sebagainya. Apa erti sebenar sabar? Bagaimana kita boleh memberi definisi yang tuntas terhadap sabar ini. Apakah tanda menunjukkan bahawa seorang itu benar-benar sabar menghadapi ujian itu? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak mudah diungkapkan; sudah pastinya tidak semudah bila kita menasihatkan orang lain agar bersabar.

Abu Zakaria Ansari berkata, “Sabar merupakan kemampuan seseorang dalam mengendalikan dirinya terhadap sesuatu yang terjadi, baik yang disenanginya maupun yang dibencinya.” Abu Ali Daqaq mengatakan, “Hakikat sabar ialah
keluar dari suatu bencana sebagaimana sebelum terjadi bencana itu.” Dan Imam al-Ghazali mengatakan, “Sabar ialah suatu kondisi jiwa yang terjadi karena dorongan ajaran agama dalam mengendalikan hawa nafsu.”

Dengan demikian, sabar dapat bererti kosisten dalam melaksanakan semua perintah Allah dalam segala keadaan. Berani menghadapi kesulitan dan tabah dalam menghadapi cobaan selama dalam perjuangan untuk mencapai tujuan.
Karena itu, sabar erat hubungannya dengan pengendalian diri, sikap, dan emosi. Apabila seseorang telah mampu mengawal mengendalikan nafsunya, maka sikap/sifat sabar akan tercipta.

Selanjutnya, sabar juga bererti teguh hati tanpa mengeluh, saat ditimpa bencana. Jadi yang dimaksud dengan sabar menurut pengertian Islam ialah rela menerima sesuatu yang tidak disenangi dengan rasa ikhlas serta
berserah diri kepada Allah. Dan dapat pula dikatakan bahwa secara umum sabar itu ialah kemampuan atau daya tahan manusia menguasai sifat destruktif yang terdapat dalam tubuh setiap orang. Jadi, sabar itu
mengandungi unsur perjuangan tidak menyerah dan menerima begitu saja.

Sabar itu membentuk jiwa manusia menjadi kuat dan teguh tatkala menghadapi bencana (musibah). Jiwanya tidak bergoncang, tidak gelisah, tidak panik, tidak hilang keseimbangan, tidak berubah pendirian. Tak ubahnya laksana
batu karang di tengah lautan yang tidak bergeser sedikit pun tatkala dipukul ombak dan gelombang yang bergulung-gulung.

Sifat sabar itu hanya dikurniakan Tuhan kepada manusia, tidak kepada makhluk yang lain. Sebab, di samping manusia mempunyai hawa nafsu, ia juga dianugerahi akal untuk mengendalikan hawa nafsu itu supaya jangan sampai
merosak atau merugikan. Sedang makhluk haiwani hanya diperlengkapi dengan hawa nafsu, tidak mempunyai akal. Oleh sebab itu ia tidak mampu bersikap sabar. Malaikat juga tidak memerlukan sifat sabar, karena ia tidak memiliki
hawa nafsu.

Sirah para anbiya’, ulama kaya dengan kisah-kisah kesabaran insan-insan pilihan Allah (seperti kisah yang diketahui ramai tentang ketabahan nabi Ayyub a.s. tabah menghadapi pelbagai ujian). Bagaimanapun, bagi orang-orang awam (kebanyakan) bilakh kita mengetahui bahawa kita telah mampu dengan izin Allah bersabar menghadapi ujian yang besar. Seorang alim ditanyakan apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesabaran yang tinggi jawab beliau: apabila hamba Allah tersebut telah sampai ke satu tahap di saat hebatnya musibah di mana kebanyakan orang akan cenderung untuk berkata mampukah lagi aku bersabar? Namun biarpun di saat yang getir sedemikian dia masih mampu reda dan sabar, maka itulah satu tanda dia mencapai tahap kesabaran yang tinggi.

 

Sama-samalah kita berdoa agar Allah mengurniakan kita dengan sifat yang amat sinonim dengan Mukmin sejati ini, yang begitu mudah dilafazkan lisan namun tidak enteng diterjemahkan dalam kehidupan di saat musibah melanda.

Wallahu ‘a’lam

—-

Advertisements

65 Responses to “Hikmah Sabar Menghadapi Ujian dan Musibah”

  1. Anonymous Says:

    sabar,,,,,,, dalam menghadapi masalah …

  2. Anonymous Says:

    Semogga saya bisa ya allah

  3. Arador bahgie Says:

    Mohon jawbn ustad trima ksh

  4. noraiza Says:

    sabar itu bukan mudah…sabar itu hatinya sakit sangat….kalau terlalu ikutkan perasaan kita,maka kita akan kalah…berikan sedikit masa,pasti ia akan jernih perlahan-lahan….ingatlah kalau kita berbuat baik pastinya balasannya juga baik,sebaliknya begitulah kalau berbuat jahat pasti balasannya juga jahat…kena yakin dan tunggu sedikit masa…

  5. shoita Says:

    Aq yakin di balik cobaan yg saja jalani tersimpan suatu kebahagiaan yang amat yang akan sya terima

  6. Our site Says:

    What’s up, after reading this awesome piece of writing
    i am too cheerful to share my experience here with colleagues.

  7. Anonymous Says:

    asalamualaikum,, saya telah berkahwin selama krglbh 23 tahun dn dkrniakan cahayamata 2 org, 2 anak kandung dan 2 lagi anak angkat org Indonesia. selama sy nikah, hidup sy sekeluarga bahgia skali, sy merupakan seorang usahawan kecil2lan aje, tapi 5 tahun kebelakangan ini hidup kami sering bertelingkah suami isteri, kerna perniagaan sy jatuh sama sekali, kedai baju tutup, restorang tutup, kedai membuat perabut pun tutup di sebsbkan masalah pekerja saya yg tidak berdisiplin, skrg sy tiada apa2 pekerjaan lgsung cuma tlg2 org je buat yg ala kadar. dlm kemelut rumahtangga skrg ni, siteri sy telah hilang pula kamera digital yg baru di beli 3 bulan yg lalu.dan ia sering meminta sy melepaskannya kerna menuduh sy tdk brtggungjawab sebagai ayah. sy slalu beritahu pd dia bwha kita sedang diduga oleh Allah swt, maka sabarlah. saya tetap berstyuku padanya kerana memilih sy antara org yg menuju kesabaran ini. saya brharap agar Allah memberi sy jalan pnyelesaian agar hubungan kami seperti dahulu. doakanlah untuk kelurga saya ustaz. moga dapat menempuh segala dugaan ini dgn tabah. insyaallah. amin.

  8. trirachmadi Says:

    Assalamu’alaikum,,, sabar laksana bahtera yang besar,,,yang tidak akan bergoyang sedikitpun apapun yang menghempasnya,, cobaan menjadi alat ukur tinggi rendahnya kadar keimanan seorang muslim,, pada hakikatnya ujian dan cobaan akan terasa di awal datangnya ujian itu,, lambat laun dan berlalunya waktu akan menghilang dan lenyap akan tetapi tetap membekas sebagai noktah menuju bertambahnya iman itu sendiri,,tetep berpegang teguhlah kepada buhul tali iman yang kuat agar kita beruntung alloh SWT pasti menyediakan kejutan untuk kita sesuatu yang jauh lebih bermanfaat dari sekedar musibah itu..yang terpenting ikhtiar,, sabar dan ikhlas menjalani hidup dengan aturan dan larangan alloh SWT,,,

    • noraiza Says:

      memang terbaik la apa yg trirachmadi sampaikan…umpama semangat bagi yang sudah berputus asa…Allah tidak bertujuan untuk menjadikan manusia ni hidup di dunia ini hanya untuk bergembira sahaja,siapa kita untuk bersentiasa gembira,kita memerlukan ALLAH sedang allah tidak memerlukan kita pun..mintalah dengan dia..dialah yang akan menunaikan permintaan kita.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: