Tragedi 911: Ada Hikmah Yang Tak Nampak di Mata Kasar [Blessing in Disguise?]

Tarikh: 11 September 2001. Lokasi: Los Angeles. Musim: Luruh(Fall).
Cuaca dingin pagi bertiup menyelinapi sliding door yang dibiar terbuka menghembuskan bayu lembah San Gabriel menembusi sleeping bag yang menyelimuti tubuh–mengejutkan aku dari mimpi indah di musim luruh di hari yang hitam itu. Selepas menghirupi secangkir earl grey tea aku menghidupkan kaca TV di apartment sederhana di timur kota Los Angeles ini untuk menyelusuri apa-apa program menarik. Saluran kegemaranku ialah ESPN. Namun yang muncul bukannya highlight reels slam dunk Shaq O’Neal atau 360 jammed Kobe Bryant tetapi breaking news– WTC musnah. Aku termanggu seketika –salah siarankah aku dan terus menekan-menekan lagi butang remote control menyelusuri semua siaran yang terdapat namun beritanya tetap sama. Hampir seharian aku terpaku di depan kaca TV mengikuti perkembangan berita WTC tersebut.
Kesan 911 terhadap Kehidupan Seharian Muslim di Amerika
Ekoran kejadian 911 dan tuduhan bahawa mereka yang bertanggungjawab terhadap human tagedy ini adalah Muslim. Masyarakat di Amerika hidup dalam kekeliruan bahkan ada yang seolah-olah dilanda hysteria. Secara peribadi, di hari kejadian 911 berlaku bekalan daging halal di rumah telah kehabisan. Aku memberanikan diri keluar ke tengah-tengah kota Los Angeles untuk mendapatkan daging halal daripada store kegemaran, Makkah Meat Store. Namun keadaan di situ begitu luar biasa dan eery (strange and frightening) dan niat untuk ke situ terpaksa dibatalkan lalu aku hanya membeli isi ikan merah di Hong Kong Supermarket untuk lunch dan dinner nanti.
Di kejiranan yang aku duduki, Alhamdulillah, tiada hate crime berlaku terhadap Muslim. Mungkin kerana ia didominasi oleh masyarkat Asia- China dan masyarakat Buddhist Asia Tenggara. Namun, aku mendapat khabar bahawa di San Gabriel seorang ahli perniagaan berbangsa Arab mati ditembak dlam kejadian drive-by shooting kemungkinan besar dilakukan oleh kumpulan samseng (gangster) di situ. Yang menyedihkan lagi orang Arab yang ditembak itu adalah seorang Kristian! ALangkah jahilnya manusia yang melakukan jenayah ini!
Pada hari Jumaat tibalah masa untuk solat Jumaat dan masjid yang paling hampir dengan kediamanku ialah di San Gabriel, di mana seorang Arab ditembak mati tempoh hari. Memang hati berdebar-debar untuk ke sana kerana kekeliruan ekoran 911 masih belum reda lagi. Namun, aku kuatkan diri juga ke San Gabriel Mosque. ALhamdulillah, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Mungkin benar juga kata-kata “There is nothing to fear but fear itself”.
Ekoran peristiwa 911, jumlah hate crimes terhadap Muslim meningkat di Amerika- ada laporan kejadian masjid ditembak, vandalisme di pusat-pusat ibadat Muslims, serta penahanan Muslim oleh pihak imegresen. Rata-ratanya Muslim hidup dalam kekeiruan dan ketakutan. Seorang kenalan saya dari Arab Saudi telah pengsan dipukul oleh kaki samseng Mexicans. Yang paling mengejutkan seorang pemilik petrol pump keturunan Sikh yang memakai serban sikh telah ditembak mati kerana disangkakan pengikut Osama Bin Laden!
Kemana-mana pergi kami dinasihatkan membawa bersama paspot dan dokumen-dokumen berkenaan untuk mengelakkan dari ditahan. Yang paling menyusahkan ialah untuk menaiki pesawat-pesawat penerbangan semakin sukar bagi Muslims ada Muslim yang disuruh turun daripada pesawat kerana ditakuti pengganas!
Memang ekoran kejadian 911, kebebasan sivil Muslim di Amerika semakin dikekang. Namun, Allah Maha Berkuasa biarpun 911 secara umumnya dilihat sebagai mendatangkan kesukaran kepada Muslim, namun sebenarnya terdapat hikmah besar untuk masa depan perkembangan Islam di US.
Apa yang jarang disedari ialah 911 mencetuskan minat mendalam rakyat Amerika mengenali Islam. Jika dilihat kepada carta jualan buku di kedai-kedai buku ternama seperti Borders, juga Amazon.Com, Buku-buku tentang Islam sentiasa menjuarai carta–satu bukti minat mengenali islam makin bertambah. Juga dilaporkan bahawa ekoran 911, jumlah orang memeluk Islam di Amerika juga menyaksikan pertambahan yang drastik. Dalam satu laporan dianggarkan lebih 30 ribu conversion berlaku selepas 911, suatu angka yang menakjubkan.
Personal Story
Saya sendiri mengenali salah seorang Caucasian American yang mengucapkan shahadah selepas 911. Beliau adalah Todd (nama Islam Abdul Aziz). Todd sebenarnya sudah lama berjinak-jinak dengan Islam- dia banyak membaca buku-buku tentang Islam. Saya yang bersyukur dengan pengIslamn Todd tapi terkejut bertanyakan dia–Why now Todd? Todd menyatakan dia yang telah lama mempelajari basic Islam terlalu marah dengan media dan tokoh-tokoh Kristian yang memburukkan Islam dan nabi s.a.w. Secara khusus dia amat berang apabila Paderi Kristian right-wing terkemuka, Jerry Falwell (laknatullah alaihi), dalam siaran Sixty Minutes menuduh Muhammad s.a.w. adalah seorang terrorist. Lihat juga kritikan terhadap Falwell.
Ekoran kenyataan mengaibkan oleh Falwell, Todd memprotesnya dengan cara yang terbaik mengucapkan shahadah. Todd hanyalah satu contoh daripada puluhan ribu contoh conversion/reversion to Islam ekoran 911.
Di samping itu ekoran 911, permintaan terhadap kursus-kursus yang bersangkutan dengan Islam adalah ibarat goreng pisang panas. Setelah 911 juga saya diberi rezeki untuk menjadi Teaching Assistant kepada seorang profesor terkemuka, Mark Juergensmeyer. Dia yang membahasakan dirinya sebagai MARK kepada para mahasiswa adalah seorang sarjana yang cemerlang. Di samping itu kemahirannya berkomunikasi dengan khalayak adalah par excellence. Sebab itulah tugas mengajar dan menguasai khalayak mahasiswa seramai 500 ratus cukup enteng baginya kerana selain seorang tokoh sarjana yang hebat dia juga adalah seorang public speaker yang menghiburkan. Menurut Jody, Setiausaha Mark sendiri, “Mark is a great entertainer.” Kelas yang ditawarkan oleh Mark menarik minat lebih 500 orang mahasiswa dan terpaksa diadakan di sebuah pawagam.
Bukankah dua contoh ini blessing in disguise? Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa, SubhanAllah, Alahu Akbar!

One Response to “Tragedi 911: Ada Hikmah Yang Tak Nampak di Mata Kasar [Blessing in Disguise?]”

  1. mira Says:

    well..
    911 is just a nightmare for the rulling class in US.. humn.. at first.. it seems to be a great propaganda created by them..
    unfortunately it’d turned to a nightmare.. just a most horrible nightmare… huhu..
    congrate to them..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: